Bannerad

Wednesday 21 August 2013

R4BIA

Salam Ukhuwah..

Panas! panas! Ape yg panas? Bukan kisah Ashraf Muslim kahwin dua, malah kisah yg lebih panas menggelegak lagi. Nak tahu kisah apa? Ianya mengenai kisah banjir. Banjir besar berdarah yg melimpah di bumi Mesir kini. Darah siapa? Darah saudara kita la, saudara seIslam kita. Aii tgk jeke? Taknak tolong? Takda duit? Tak suruh sdekah duit pon, paling tidak sdekah doa jadi la tp klau nk sdekah duit lagi bagus.

(Bermonolog sendiri plak ukhti Shafinas ni)

Bilamana rakyat Mesir bertarung nyawa melawan kekejaman kroni-kroni as-sisi, rakyat Malaysia jugak bertarung malah lebih dasyat iaitu brtarung melawan NAFSU sendiri. Bangun je pagi pernahkah anda merasa bersyukur kerana nyawa masih dibadan dan cukup anggota badan? Sedangkan saudara kita di Mesir dan Palestin sana sering tertanya-tanya setelah bangun tidur apakah keesokan harinya mereka masih lagi bernyawa. Mata kasar mengatakan kita bertuah kerana tidak terbelenggu dengan keadaan yang menggila sebagaimana di Mesir, Syria, Palestin tetapi hakikatnya itu semua hanyalah lakonan dunia kerana realitinya mereka yg syahid di tangan yahudi as sisi sedang menuju ke kampung akhirat dengan riang rianya iaitu kg.SYURGA. Sedangkan kita? Dimanakah kita nanti? Amal dan takwa yang mampu menjawab persoalan itu.

Tidak lupa utk berterima kasih kepada as-sisi kerana dia bukan sahaja membuatkan rakyat Mesir malah seluruh umat alam buana kagum dengan fikrah perjuangan Ikhwanul Muslimin. Tak namanya Islam kalau tak diserang dari segala arah kan? Cepat tadah tangan minta supaya hero2 kita diberi kekuatan untuk menentang kekafiran yahudi2 laknatullah di sana.


Bismillahirahmanirahim.
Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat. Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu. Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka. Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami. Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Mesir dan semua tempat. Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka. Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka. Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka. Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah! Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..
(jangan tanya kenapa as-sisi tdak diletakkan CapsLock krana dia tidak layak dberi penghormatan sedemikian)

By the way ada terbau sesuatu yang harum tak? wanginyaaaa...itu lah bau darah parah Syuhada' di Mesir ^^

p/s: Ikhwanul Muslim akan bangkit semula, lebih kuat dan lebih matang. Yang version Malaysia punya ada tak?? Renung- renungkan ^^



Cinta Hakiki Cinta Ilahi

Salam Ukhuwah..

Pernah tak anda merasakan hati seolah-olah kosong dan sunyi. Walaupun pada zahirnya kita gembira dan ceria namun hati di dalam berasa tandus dan suram seperti langit hitam yg ketiadaan bulan dan bintang. KOSONG. Penyelesaiannya mudah sahaja. Check balik hubungan kita dengan Allah. Dalam mengejar kesibukan dunia dimana Allah di hati kita. Atas? Bawah? Tiada dalam data memori? Allahuakbar..sibuk mana pun kita jgn lupa pada Ar Razzaq Yang Maha Memberi Rezeki. Sedar diri jika Dia tidak meniupkan roh memberi nyawa maka mampukah kita hidup dengan sendirinya? Lalu siapa lah kita untuk mengangkat diri menyombong dengan Allah sedangkan kita hanyalah hambaNya sahaja. Jadual solat pon x lengkap, nak beratib berteleku atas sjadah memohon petunjukNya jangan haraplah kan..

Bila diri kita terasa jauh dariNya, ambil inisiatif dekatkn kembali. Bagaimana? Solatlah, baca kalamNya. Apa guna surat cinta yg Dia turunkan buat hambaNya jika langsung tidak diamalkan malah tidak disentuh! Allahu muhasabah lah diri masing-masing. Dalam diam kita berbuat dosa dalam diam jugalah Allah menegur kita. Tak perasan ke? Tak bukak Al Quran macam mana nak perasan ohooiiii.. Letak status kt fb, tweeter bagai cakap I LOVE ALLAH, I LOVE MUHAMMAD, I LOVE ISLAM. Cakap sayang Allah tapi kenapa buat juga prkara yg Allah murka. Perangai ala-ala iblis laknatullah jugak yg dibuat. DEEP kn?? dh tegur cara baik tak jalan skali skala kena jugak cara kasar. Teguran untuk semua dan untuk diri sendiri terutamanya. Muhasabah, muhasabah dan muhasabah.

p/s: Aku hanyalah hambaNya dan Allah adalah Tuhanku FULLSTOP!


Friday 14 June 2013

Ustazah Wannabe

A:Ceh,pkai tdung lbuh,post2 islamik kt fb..sjak bila nh??
B:Heheh tak salahkn klau aku nk brubah..
A:Blah ar..dulu brutal sgt,skang nk jadi ustazah plk..
B:(bengang) haa mmang aku nk jadi ustazah,awat tak puas hati?????
A:(sentap)

Salam ukhuwah fillah,

Begini lah sikap sebilangan dari masyarakat yg mmandang serong apabila org nk brubah kearah yg lbih baik. Spatutnya kalau anda tdak mahu brubah jgn spoil kn mood glongan org2 yg mahu brubah kearah yg lbih baik ni. Sokong la klau boleh. Hidayah Allah dberikan kpd sesiapa yg Dia kehendaki,jd jika kita punya niat untuk brubah mahupun utk mnjadi lbih baik maka bersyukur lh padaNya. Selagi nyawa masih di badan kita msih smpat utk brubah dan mengejar syurgaNya. Bermula dari melabuhkan tudung,mmakai stokin kaki dan sterusnya.

Proses transformasi utk brubah kpd yg lbih baik ini mmerlukan jangka masa yg brperingkat-peringkat. Kita tdak dgalakkan utk trus mmakai tudung labuh, berniqab jika hati ni msih blum cukup kuat utk mnjadi sealim itu, akhlak kita juga tdak berapa mantap. Sebaiknya bgi kaum hawa jika mahu mncuba-cuba mmakai niqab sbaiknya hatimu diniqab dlu syg. Jgn trburu-buru mahu brubah krana mungkin kta akn merasa jelak dgn pnampilan sbegitu. Buat kaum Adam, mulakan langkah transformasimu dgn melazimi langkahmu memanjat tangga masjid,ssungguhnya itu mrupakan prkara asas yg prlu kamu lkukan utk mnjadi llaki soleh yg mmpu mnjadi nakhoda buat isterimu/bakal isterimu nnti. Mulakan perlahan-lahan scara brperingkat-pringkat. InsyaAllah Allah itu maha mngetahui isi hati setiap hambaNya, jika kta tdak brtudung labuh skalipun ttapi jika kta pnya hati yg bersih,akhlak yg mantap itu sudah memadai. Wallahua'lam ^^


Friday 17 May 2013

Cinta Rasulullah S.A.W

Salam w.b.t,

Rasulullah S.A.W bersabda

"Tidak sempurna iman seorang dari kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada dia sayang kepada dirinya, ibu bapanya, anak-anaknya atau manusia lain."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Secebis kisah mengenai kasih sayang sahabat kepada Rasulullah dan kecintaan penuh baginda Rasulullah buat sahabat sezamannya..

Cerita pertama: Uqashah.
Diceritakan Uqashah merupakan seorang sahabat yang paling mencintai Rasulullah. Kisahnya bermula apabila baginda secara tidak sengaja terpukul Uqashah dgn tongkatnya. Tidak lama selepas itu Uqashah membangkitkan perkara itu kepada Rasulullah di hadapan para sahabat. "Ya Rasulullah, hari tu engkau secara tidak sengaja telah memukulku dengan tongkatmu, lalu hari ini aku ingin membalas perbuatanmu. Aku ingin memukulmu pula." Kata Rasulullah "Kalau begitu buatlah apa yang engkau mahu." Baginda menyuruh Saidina Umar (kalau tak silap) untuk pergi ke rumahnya dan mengambil tongkat itu untuk diberi kepada Uqashah. Para sahabat yang lain tidak berpuas hati lalu memprotes tindakan Uqashah. Namun Uqashah masih berkeras dengan keputusannya. Setelah tongkat itu sampai ke tangan Uqashah lalu berkatanya lagi. "Ya Rasulullah ketika engkau tidak sengaja memukulku ketika itu aku tidak memakai baju, jadi aku ingin memukulmu ketika engkau juga tidak berbaju. Baginda terus membuka bajunya. Para sahabat yang lain ramai yang menangis kerana tidak sanggup melihat manusia yang mereka cintai dipukul. Disaat kekasih Allah itu sudah bersedia untuk dipukul, Uqashah mencampakkan tongkat baginda lalu badan baginda Rasulullah dipeluknya. Sahabat semuanya tercengang. Rupanya itu semua helah Uqashah. Dia menangis sambil memeluk Rasulullah. "Mana mungkin aku ingin memukulmu wahai Rasulullah sedangkan aku amat mencintaimu" Kata Rasulullah "Wahai sahabat sekalian, jika kamu semua ingin melihat ahli syurga lihatlah Uqashah. Sesungguhnya dia amat mencintai aku maka syurgalah ganjarannya." Uqashah memang sengaja mahu Rasulullah membuka bajunya kerana ingin bersentuhan kulit dengan baginda, kerana sesungguhnya kulit yang pernah bersentuhan dengan Rasulullah diharamkan dari dijilat api neraka. Besarnya kecintaan Uqashah kepada Rasulullah.

Cerita kedua: Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah ialah sahabat nabi yang berkulit hitam. Bilal ialah muazin pertama di dalam Islam. Pakaiannya sederhana, suaranya mengalunkan azan juga tidak seberapa merdu. Tetapi disebabkan keikhlasan yang beliau miliki menyebabkan azan yang dilaungkan mampu didengari oleh penghuni langit (malaikat). Selepas kewafatan Rasulullah semua sahabat baginda termasuk Bilal betul-betul sedih dan berasa kehilangan besar. Bilal tak sanggup menanggung rindu terhadap baginda sehingga semua tempat yang beliau pergi mengingatkannya kepada kekasih Allah itu. Lalu Bilal berhijrah ke Syam. Pada suatu hari di Syam, Bilal telah bermimpi bertemu Rasulullah. Baginda menyuruh Bilal kembali ke Madinah untuk menziarahi pusara baginda dan menemui sahabat-sahabat lain. Malam itu juga Bilal berangkat ke Madinah. Selama berhari-hari perjalanan Bilal sampai di Madinah sebelum Subuh. Kebetulan pada pagi itu tiada muazin yang mengazankan subuh lalu Bilal buat kesekian kalinya melaungkan azan pagi itu.

(ada satu sumber yang menyatakan ketika Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk melaungkan azan, Bilal tidak pernah lupa untuk mengetuk pintu sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga dimana itu ialah bilik Rasulullah. Sebab itulah selepas kewafatan baginda Rasulullah, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana untuk naik ke menara bagi melaungkan azan Bilal perlu melalui bilik kecil itu)


Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.



Semasa Bilal mengalunkan suku azan, beliau sebak ketika ingin menyebut nama Muhammad. Beliau teringat akan saat-saat bersama baginda Rasulullah. Penduduk Madinah yang ketika itu mendengar laungan azan merasakn seolah-olah baginda  Rasulullah masih bersama mereka. Solat subuh berjemaah pada pagi itu terasa kembali syahdu sama seperti saat-saat baginda Rasulullah masih lagi bersama mereka.

Cerita ketiga: Yahudi buta
Seorang wanita tua yahudi sangat benci pada Rasulullah. Dia ialah orang buta. Dia selalu mencerca dan menghina Rasulullah. Malah wanita itu turut mengatakan baginda gila. Tetapi baginda Rasulullah tidak pernah membalas balik dengan perbuatan jahat kepada wanita itu. Sangat mulia hati kekasih Allah itu. Setelah baginda wafat, baginda sempat meninggalkan pesan kepada sahabat baginda, Saidina Abu Bakar untuk memberi makan kepada seorang wanita tua yang tinggal di hujung kampung. Ternyata wanita tua itu ialah wanita yang sama pernah mencaci maki Rasulullah dahulu. Wanita itu tidak mengetahui perihal kewafatan baginda Rasulullah. Setelah Abu Bakar  memberikannya sebuku roti, wanita itu marah lalu membuang roti itu. Abu Bakar pun bertanya "mengapa dibuang roti itu?" Wanita itu pun menjawab "kau bukan orang yang sama yang selalu memberi aku makanan, orang yang selalu memberi aku roti ini biasanya akan terlebih dahulu mengoyak halus-halus roti ini supaya senang untuk aku menelannya, kau bukan orangnya" "Jadi kau tahu siapa yang selalu memberi makanan kepadamu?" tanya Abu Bakar. "Tidak, aku tidak tahu" jawab wanita itu. "Orang itu ialah orang yang selalu kau maki, dia ialah baginda Rasulullah S.A.W" balas Abu Bakar. Wanita yahudi tua yang buta itu terkejut lantas terus memeluk Islam.


Inilah sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti kasih sayang Rasulullah S.A.W kepada sahabat sezaman dengannya yang tidak berbelah bahagi, begitu juga sayangnya sahabat kepada baginda Rasulullah yang tiada penghujungnya. Model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman.

p/s: Sentiasalah perbaharui iman kita dengan berzikrullah. Sesungguhnya di akhirat nanti Rasulullah S.A.W akan melimpahkan syafaatnya kepada orang yang baginda kehendaki. Insyaallah, moga-moga kita akan dijadikan pilihannya. Amin2 ^^

Wasalam




Friday 10 May 2013

Kiamat Sudah Dekat

Salam 1 Rejab buat sahabat yang dikasihi fillah,

Alhamdulillah, di dalam kesibukan dunia Allah telah mengutuskan seseorang kepada saya untuk memberi peringatan mengenai hari pengakhiran hidup iaitu hari kiamat. Syukran ya akhi. Dengan rasa besar hati saya ingin sharing bersama sahabat semua. Adakah sahabat perasan, hampir semua tanda-tanda kecil mengenai kemunculan hari kiamat telah berlaku. Antaranya ialah:

  1. Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W
  2. Ilmu agama yang semakin hilang
  3. Islam semakin terasing
  4. Sifat-sifat terpuji semakin hilang dalam diri
  5. Umat Islam terikut-ikut perangai Yahudi dan Nasrani

Detik kelahiran baginda Rasulullah S.A.W merupakan tanda pertama kiamat akan berlaku. Jarak masa kedatangan hari kiamat diibaratkan seperti jarak antara jari telunjuk dan jari hantu. Oleh itu, jika sejak kelahiran baginda Rasulullah lagi jangka masa berlakunya kiamat sudah mula dikira cuba bayangkan lama manakah lagi kita dapat hidup di atas muka bumi Allah ini. 

Ilmu agama sudah semakin terhakis dijiwa masyarakat Islam kini terutamanya pada golongan generasi muda. Generasi kita sudah menuju kembali ke zaman jahiliyah. Ini lah generasi kita sekarang, bangsa jahiliyah moden. Generasi yang sudah tenggelam dalam lautan dosa dan maksiat. Anak muda yang bakal menjadi pelapis untuk mewarnai corak kepimpinan negara ialah anak muda yang rata-rata telah rosak akhlaknya. Ape pon tak boleh.

Agama islam juga sudah semakin terasing dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Mana tidaknya, ulama'-ulama' kita sekarang ramai yang dicaci maki dan dihina. Kerana apa?? Kerana ceteknya pemikiran manusia. Lantang bersuara tetapi tidak fikir baik buruknya. Para ulama' yang diutuskan sebagai penyampai dakwah untuk menyedarkan manusia dari kelalaian. Mereka jugalah yang dianggap sebagai pembangkang, disalahkan dan dihina-hina. Mereka yang seharusnya dihormati dan disanjung terpaksa menerima nasib yang sebaliknya. Apakah? Dunia oh dunia

Sifat-sifat terpuji sudah hilang dalam diri. Fitnah berleluasa. Sesungguhnya ini bukanlah cara hidup Islam yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah kepada kita. Mana hilangnya identiti kita sebagai umat Muhammad? Kita tidak diajar untuk menanam sifat mazmumah dalam diri. Bahkan sebaliknya. Al Quran dan As Sunnah tidak dijadikan pegangan. Itulah punca sebenarnya. Punca berlakunya permasalahan yang jika dibiarkan akan menanah dan menjadi busuk hingga merosakkan identiti seluruh umat Islam. Islam menggambarkan kedamaian dan keindahan. Jadi jangan biarkan keindahan itu rosak gara-gara sikap kita sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: "Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang sudah terpesong itu."

Yahudi ialah musuh yang nyata bagi umat Islam. Ayat diatas menyatakan mengenai sifat-sifat orang yahudi yang tidak akan senang duduk selagimana umat Islam tidak mengikut perintah dan kemahuan mereka. Agenda orang Yahudi ini dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah putus-putus dibuat.  Mereka mahu kita berpaling dari Islam sebenarnya. Cuma kita sahaja sengaja membutakan mata dan hati tidak mahu melihat kebenaran di depan mata. Satu persatu serangan pemikiran yang telah puak-puak yahudi ini buat. Daripada fenomena harlem shake, gangnam style hinggalah kepada fenomena gwiyomi yang hangat diperkatakan sekarang. Rasulullah bersabda:
"Barang siapa yang mengikut atau meniru kaum(agama) lain, maka mereka tergolong di dalam kaum(agama) itu." 
Baginda sendiri telah menegaskan tentang isu ini. Islam juga tegas melarang umatnya untuk meniru perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Tetapi tegahan ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam sekarang. Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi  kepada kita nanti. Kun fayakun! Nau'zubillah

Islam sudah goyah di hati masyarakat kini. Dunia sudah tenat sekarang. Tenat untuk menanggung  berat setiap dosa umat Islam yang dilakukan sewenang-wenang diatas perutnya. Selagi kiamat belum menyapa,kita masih sempat bertaubat. Bertaubatlah!Ini bukanlah ugutan tapi seruan. Wallahua'lam

p/s:Sebelum kiamat datang bertemu kita, sediakan lah persiapan secukupnya untuk pergi bertemu dengan Allah nanti. Good Luck!

Wasalam

Friday 3 May 2013

Jadilah Pemaaf


Assalamualaikum,

Memaaafkan kesalahan orang merupakan perkara yang mulia pada penglihatan Allah. Jadikan diri kita umpama sebuah pohon buah, apabila dibaling batu akan kita balas dengan buah. Apabila orang melakukan kejahatan pada kita balaslah ia dengan kemaafan kerana itu lebih baik.

Jadikan sifat pemaaf junjungan besar kita Rasulullah S.A.W sebagai contoh:

Rasulullah saw pernah mengalami detik mencemaskan bersama-sama Abu Bakar as-Siddiq di bumi Taif sebelum Islam bertapak kukuh di Madinah. Penduduk Taif melayan baginda dengan teruk. Mereka mengupah kanak-kanak untuk melontar batu dan mengejek baginda saw. Diriwayatkan, Jibril A.S datang kepada Rasulullah S.A.W untuk menghumban bukit kepada penduduk Taif. Namun, Rasulullah saw segera menolaknya. Malah baginda Rasulullah berdoa memohon kepada Allah agar penduduk Taif diberikan hidayah oleh Allah untuk menerima hidayah Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.”  
(Ali-Imran:132)

Siapa kita untuk menjadi tukang hukum di atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Sesungguhnya kita sendiri sebagai hambaNya punya banyak kekurangan. Apabila seseorang itu memiliki sifat pemaaf sebenarnya itu adalah tanda hatinya bersih dan tenang. Sebenarnya bukanlah mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Hakikatnya syaitan laknatullah sering menggunakan kelemahan manusia untuk mendorong kita menjadi seorang pemarah. Iman dan takwa yang mampu mengekang kita dari tipu daya syaitan.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.Carilah kebaikan dalam keburukan. Maka hati kita akan lebih tenang. InsyaAllah

p/s:Sahabat yang dikasihi, marilah kita tanamkan pada hati dan jiwa dengan sifat pemaaf, kerana sifat pemaaf merupakan salah satu sifat ahli-ahli syurga ^^
Wasalam

Monday 22 April 2013

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali


Salam,

Yang hidup pasti akan merasai mati. Itulah lumrahnya. Cuma apa yang membezakan kita ialah waktu dan punca kematian. Usia seseorang itu tidak menentukan masa kematiannya. Baik tua atau muda jika ajal sudah tertulis maka pergilah seorang hamba untuk menghadap Penciptanya.

Yang menjadi persoalannya, sanggupkah kita pergi menghadap Ilahi dengan amalan yang tidak seberapa? Nau'zubillah moga2 kita sendiri akan mendapat tempat bersama orang-orang beriman disana. Amin

Adakah sahabat perasan apabila saat2 menghadapi sakaratul maut kita hanya mampu mengucapkan kalimah “LA ILA HA ILLALLAH” . Saat itu mulut kita tidak mampu untuk bergerak lagi. Allah Maha Penyayang jadi Dia masih memberi kesempatan kepada kita untuk mengucap tanpa perlu menggerakkan bibir sekalipun. Allahuakbar! Itulah nikmat terakhir yang Allah berikan pada kita di dunia.

Orang yang sedang melalui sakaratul maut akan merasai kehausan yang teramat sangat sebab itu kita disarankan untuk menitikkan beberapa titis air di mulutnya bagi menghilangkan dahaga. Ia diibaratkan seperti meneguk beberapa baldi air pun masih tidak cukup untuk menghilang kehausan tersebut.

Bertemu kita disana sahabat, Al-Fatihah.



p/s:Saat ajal menjemput banyak mana bekalan yang mahu dibawa nanti? Tepuk dada, tanya iman.

Wasalam

Friday 19 April 2013

I LOVE YOU

Salam jumaat,

3 perkataaan agung yang sering membuat seseorang berasa ibarat berada diawang-awangan apabila perkataan itu ditujukan khas buatnya, I love you. Bagi pasangan kekasih rasanya perkataan ini sudah selalu diucapkan buat si dia. Sahabat, pernah kah anda terfikir jika mudahnya kita mengucapkan kata cinta kepada seseorang yang belum halal buat kita, apakah nilai cinta sebenar yang ingin diberi buat seseorang yang halal buat kita nanti?

Selagi kita belum bernikah sebaik-baik tempat untuk kita letakkan rasa cinta hanyalah kepada Allah dan Rasul. Kepada Dia lah selayaknya kita berikan cinta. Tukarlah ungkapan cinta kita " Kusemat namamu di taman hatiku, setiap degup jantungku menyebut namamu" kepada "Allah sahaja dihatiku, selagi degup jantung ini tidak berhenti cintaku hanya padaMu Ya Ilahi".

Menzahirkan cinta kepada manusia banyak cubaannya, kita perlu bersedia untuk disakiti dan kecewa. Tetapi apabila kita menzahirkan cinta kepada Allah kita tidak akan kecewa. Hati yang keras akan menjadi tenang, fikiran yang kusut akan menjadi lapang. Itu lah nikmat cinta Ilahi. ^^

Allah lebih mengetahui perihal hambanya. Fitrah manusia memerlukan cinta dalam hidup. Jadi Allah telah mengurniakan kita hati untuk merasai perasaan menyayangi dan mencintai. Tetapi salurlah ke tempat yang betul seperti cinta kepada Allah dan Rasul, ibubapa dan sahabat. Selagi lafaz nikah belum terucap cinta kepada si dia adalah cinta yang masih belum halal buat kita. Jalan yang terbaik, BERNIKAH lah.

Firman Allah yang bermaksud:
" "Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
(Surah Ali Imran 3:31)

p/s:Seluas-luas langit yang membiru itu, jadikan cintaku padaMu seluas itu. Sedalam-dalam air di lautan, jadikan sedalam itu cintaku padaMu. Setinggi-tinggi menara berkembar KLCC, jadikan cintaku kepadaMu tinggi lagi dari itu. ^^

Wallahua'lam
Wasalam.




Thursday 18 April 2013

Harga sebuah air mata

Salam sahabat,

Air mata adalah sesuatu yang luar biasa untuk dibicarakan. Mana tidaknya kita mengalirkan air mata bukan sahaja sebab kita sedih malahan banyak sebab lain yang boleh membuatkan tiba-tiba sahaja tubir mata mula berkaca-kaca mahu menangis. Antaranya ialah bila kita sedang menanggung kesakitan, menanggung rindu, terlalu gembira dan menangis kerana menyesali dosa-dosa silam.

Kadang-kadang kita tidak sangka bahawa air mata itulah yang memainkan peranan mendekatkan diri kita kepada pencipta semula. Muhasabah semula diri, segelintir dari kita akan ingat kepada Allah hanya apabila kita berada dibawah ketika ditimpa kesusahan tetapi apabila kita berada diatas di dalam kesenangan yang sementara dimanakah letaknya posisi Allah di hati kita?? Allah sifatNya maha berkuasa jika Dia mahu terbalikkan bumi ini sekelip mata sahaja Dia mampu melakukannya. Tetapi perlu ingat Allah juga sifatnya Ar-Rahim iaitu maha mengasihani maka Dia masih lagi memberi kesempatan buat kita untuk kembali menautkan semula hati kepadaNya dengan rela.

Ingatlah, kita tanpa Allah hanyalah tinggal jiwa-jiwa yang rapuh. Janganlah sombong dalam menjalani detik-detik kehidupan tanpa menunaikan segala suruhanNya. Memetik kata-kata daripada langitilahi.com, banyak perkara yang tidak mampu untuk membawa kita dekat dengan Allah, namun kesedihan yang kadang kala kita rasa agak menyusahkan tetapi berjaya membawa kita dekat dengan Allah.

“Dua titisan yang paling disukai Allah, pertama – titisan air mata yang dialirkan kerana takutkan Allah. Kedua – titisan darah yang tertumpah ke jalan Allah”
(Dipetik dari Kitab Himpunan Fadhilat Amal)

p/s:Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami.(petikan kata-kata Ustazah Fatimah Syarha) ^^

Wasalam.


Monday 15 April 2013

Mencari Ad-Deen yang sebenar

Salam sahabat,

Entry kali ini membicarakan mengenai Islam as the way of life. Ramai dari kita yang tertera di IC nya beragama islam tetapi pada hakikatnya tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Mencari Ad-Deen yang sebenar yang saya ingin bicarakan disini adalah mengenai tindak tanduk kita dalam kehidupan yang kadang kala tidak menggambarkan kita ini mempunyai pegangan hidup yang benar-benar berlandaskan syariat Islam yang digariskan oleh Allah. Born as a Muslim, so act like a real Muslim. Usah perhatikan orang lain, muhasabahlah diri kita sendiri, melihat sama ada gaya hidup kita ini benar-benar menggambarkan keindahan cara hidup Islam yang sebenar. Yang bergelar manusia itu sememangnya sifatnya mudah alpa dan tidak maksum ataupun sempurna. Maka ramai sahaja yang melakukan kemungkaran dan menganggapnya sebagai perkara biasa.

Akhlak yang tidak terpuji yang kebanyakan antara kita menganggapnya sebagai perkara remeh ialah:
  1. Bergurau senda yang melampaui batas dengan yang bukan muhrim (sepupu pun tak boleh).
  2. Berdua-duaan dengan kekasih.
  3. Berdusta dalam bergurau senda.
  4. Menjawab 'ah', 'ish' kepada ibu bapa.
  5. Mengeluarkan kata-kata kesat.
  6. Menayang aurat dengan sengaja.
  7. Mengumpat.
  8. Mengajak orang lain melakukan amar maaruf dan nahi mungkar padahal diri sendiri tidak mematuhi apa yang diseru (akan cuba diperbaiki huhu).
 Tinggalkan sifat mazmumah gantikan dengan sifat mahmudah, antaranya ialah:
  1. Solat jangan tinggal.
  2. Mendekatkan diri dengan Allah.
  3. Memantapkan akidah diri dengan menghadiri majlis ilmu.
  4. Meninggalkan perkara yang mungkar.
  5. Bersahabat  dengan golongan yang mencintai masjid.
p/s: Jom sahabat kita sama-sama membantu dan memperingatkan satu sama lain dalam menggapai REDHA ILAHI ^^

Wasalam. 



Friday 12 April 2013

Hikmah dan Karomah Ayah Bonda

Salam sahabat,

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

(Al-Israa' 17:23) 

   Picture of peoples who had gave birth to me ^^


Terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit mengenai tajuk entry seperti yang diatas. Hikmah mempunyai banyak erti seperti kebijaksanaan dari Allah,kesaktian atau manfaat manakala karomah bermaksud mulia. Jadi apabila ditukar ke bahasa yang lebih mudah entry ini membicarakan mengenai kemulian seorang ibu dan kebijaksanaan seorang ayah. Ada sebuah cerita yang mahu saya kongsikan bersama sahabat mengenai pengorbanan seorang ayah.

Kisah mengenai seorang ayah yang berpendapatan sederhana tetapi mempunyai ramai anak manakala isteri tercinta telah pergi menghadap ilahi akibat kemalangan jalan raya. Ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat beliau terpaksa membanting tulang bekerja demi menyediakan keselesaan buat anak-anak tersayang. Ketika anak-anaknya dibelikan baju baru padahal baju si ayah sendiri tidak berganti. Katanya "lebih selesa pakai yang lama kerana masih elok." Ketika anak-anaknya dibelikan makanan yang sedap jarang sekali dilihat si ayah menjamah makanan itu bersama-sama mereka. Katanya "makanan yang sedikit tu makan untuk kau orang sajelah." Ketika anak-anak dibelikan baju raya baru si ayah hanya bertukar-tukar baju melayu yang ada di almarinya sahaja. Itupun baju-baju tersebut kebanyakan diberikan oleh bosnya kerana menyertai majlis-majlis keraian di pejabat tempat beliau bekerja. Seluarnya juga jarang bertukar dan sering memakai seluar pejabat untuk kemana-mana sahaja. Ketika anak-anaknya meminta duit lebih untuk membeli peralatan sekolah seboleh-bolehnya si ayah mahu memberikan sebanyak wang yang boleh beliau berikan. Dibelek-belek dompetnya hanya tinggal RM 10 dengan wang kertas RM 5 sebanyak 2 keping didalamnya. "Berapa yang kau mahu?" tanya si ayah kepada anaknya. "RM 7 je." jawab si anak. "Ayah ada 10 ringgit je, boleh ayah bagi kau 5 ringgit dulu?lagi 5 ringgit tu untuk duit makan ayah." tanya si ayah sambil membelek-belek duit di dalam dompet. "Boleh ayah." jawab si anak. Si ayah mengeluh perlahan. Mujurlah anaknya faham.

 Duit di dalam dompet dah hampir kering jadi beliau perlu mencari duit lebih untuk memberi wang belanja sekolah untuk anak-anaknya yang lain. Dalam satu minggu sebanyak  4 hingga 6 kali beliau membuat kerja overtime. Balik sudah la lewat pagi lebih kurang pukul 3 atau 4 pagi. Si ayah hanya sempat tidur untuk beberapa jam sahaja dan setelah itu beliau perlu menghantar anak-anaknya ke sekolah dan perlu bekerja seperti biasa. Kadang-kadang apabila memerlukan wang lebih si ayah sanggup bekerja pada cuti hujung minggu. Si ayah sedar dia perlu bekerja kuat mana tidaknya, 2 orang anaknya sedang belajar di universiti dan memerlukan duit lebih. Suatu hari sepucuk surat dari pihak universiti sampai ke rumah, isi surat itu menyatakan anak lelakinya telah dibuang dari universiti kerana telah terlibat dengan kes pergaduhan. Terduduk si ayah. Dadanya sesak,fikirannya rungsing.Penat lelah bekerja sebelum ini yang beliau sengaja sembunyikan tiba-tiba dirasakan serta merta. 2 hari dia menunggu kepulangan anaknya tetapi anaknya tidak juga pulang. Ditelefon anaknya juga tidak berangkat. Lalu si ayah putuskan untuk pergi ke rumah sewa anaknya yang terletak jauh di selatan tanah air.


 Berbekalkan wang RM 100 ditangan dia menaiki bas dan pergi mencari anaknya. Diketuk-ketuk pintu rumah sewa anaknya akhirnya pintu itu dibuka oleh rakan serumah anaknya. Rakan anaknya memberitahu bahawa anaknya ke bandar untuk membeli barang lalu dipelawa si ayah untuk duduk dahulu sementara menunggu kepulangan anaknya. Tidak lama kemudia anaknya pulang sambil berpelukan dengan seorang perempuan. Si ayah berang "Apa kau buat ni?Sapa perempuan ni?Ayah tak pernah ajar kau bawak balik perempuan ke rumah.""Dia kekasih saya." jawab anaknya.Tanpa berfikir panjang si ayah menampar muka anaknya."Anak kurang ajar.Aku penat kau tahu !! Aku bekerja membanting  tulang untuk kau orang adik beradik. Aku kerja siang malam nak bagi kau orang makan. Aku tak kisah penat lelah aku bekerja sebab aku puas dapat bagi kau orang keselesaan dan kesenangan dengan duit gaji yang aku dapat tu. Seluar baju aku tak bertukar sebab aku utamakan kepentingan kau orang berbanding kepentingan aku sendiri. Aku tak pernah guna duit gaji aku untuk diri aku sendiri pun. Semua aku habiskan untuk kau orang. Tapi ini balasan kau pada aku. Aku tak pernah besarkan kau untuk jadi kurang ajar dan bergaduh dengan orang !"kemarahannya memuncak, mata si ayah mula berkaca-kaca. Si anak hanya diam merenung lantai. Ayahnya tiba-tiba rebah dan meninggal tidak lama selepas itu. Tanpa pengetahuan anak-anaknya si ayah telah merahsiakan penyakit jantung yang telah lama dihidapinya. Demikianlah pengakhiran kisah pengorbanan seorang ayah.


Adakalanya layanan mereka kepada kita sedikit tegas ataupun garang tetapi niat mereka cuma satu, untuk mendewasakan kita supaya dapat menjadi orang yang berguna bila besar nanti. Mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya, saat kita nak masuk exam adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita? Ini kerana kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. Ayah dan ibu, kedua-duanya merupakan orang yang penting dalam hidup kita, tanpa mereka tidak lahir kita ke bumi Allah ini. Pengorbanan kedua ibu dan ayah tiada tolok bandingnya. Merekalah yang menjadi 'tulang belakang' kepada kita.

Seorang ayah dapat diandaikan sebagai lelaki yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup kita kerana beliau sanggup berkorban duit malah sekalipun nyawanya akan dipertaruhkan untuk kita. Same goes with our mother. Begitulah ianya akan berterusan sehinggalah saat lafaz sakinah bermula dimana amanat seorang wali akan diserahkan kepada bakal suami kepada anaknya bagi anaknya yang perempuan manakala bagi anak lelaki akan mula menjadi nakhoda yang akan melayari bahtera rumahtangga bersama pasangannya.

p/s:Anak yang 'sejuk perut ibu mengandung' itu bukan yang lulus universiti, bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji RM18 k sebulan tapi ialah anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya dan yang sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran untuk kesejahteraan roh mereka.(petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus) ^^

Wasalam.


Saat Lafaz Sakinah by Far East: https://www.youtube.com/watch?v=Gnua_V91Cxo

Thursday 11 April 2013

Mencintai Surah Al-Ikhlas


Salam,

Diceritakan dalam sebuah kisah, bahawa ada seorang yang selalu membaca surah al-Ikhlas ketika menjadi imam. Banyak orang menasihatinya agar membaca surah-surah yang lain. Akan tetapi lelaki ini selalu membaca surah yang sama, iaitu al-Ikhlas. Kemudian hal ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah bertanya kepadanya:

Ertinya:"Wahai fulan! Apa yang membuatmu tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh sahabatmu? Dan apa yang membuatmu selalu membaca surah al-Ikhlas berulang kali dalam setiap rakaat?" Lelaki itu meluahkan isi hatinya: "Aku sungguh mencintainya." Lantas Rasulullah meyakinkan lelaki tersebut: "Kecintaanmu pada surah itu penyebab kamu masuk ke dalam syurga kelak."
(Riwayat Bukhari)

Akan tetapi jangan sampai satu masa sesorang membaca surah al-Ikhlas disetiap rakaat, dan membaca surah lain sesudahnya. Sahabat Rasulullah S.A.W tadi mungkin sahaja memahami bahawa kecintaannya kepada surah ini, iaitu dengan membacanya setiap rakaat solat. Dan yang benar adalah kecintaan sesorang pada surah ini merupakan langkah awal untuk masuk ke dalam syurga, dan mengamalkan kandungan surah ini tentu lebih dianjurkan daripada perkara-perkara akidah, tauhid dan keikhlasan yang terkandung dalam surah yang pendek ini.


Pengertian surah:

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

اللَّهُ الصَّمَد
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan

ِوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
4. dan tidak ada sesiapapun yang sekufu/setara dengan-Nya.

Sadaqallahul Azeem.

p/s:Renung-renungkan dan selamat beramal ^^

Wasalam.

credit to: www.yamaniangle.com.my (Mudahnya Jalan ke Syurga)

19 hadis Rasulullah S.A.W mengenai wanita

Salam,


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

p/s:Tercipta Hawa itu dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung ^^

Wasalam.




Wednesday 10 April 2013

Taubat Seorang Hamba


 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ 
بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(At Tahrim 66:8)

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Melalui firman Allah ini boleh disimpulkan bahawa Allah s.w.t menyeru hamba-hambanya supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Sesetengah manusia hanya berani mengungkap kata taubat pada mulutnya sahaja padahal hati mereka masih bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Setiap dosa yang kita lakukan waima besar atau kecil dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah selagi mana kita tidak menadah tangan memohon keampunan dariNya. Kita masih ada masa untuk bertaubat kerana Allah masih lagi membuka pintu taubat seluasnya buat hamba-hambaNya yang mahu bertaubat. Oleh sebab  itu setiap yang bergelar hamba Allah wajib bertaubat dari segala dosa dan maksiat di setiap waktu dan kesempatan sebelum ajal datang menjemput sehingga mereka tak lagi memiliki kesempatan, lalu baru menyesal dan meratapi kesilapan sendiri.

Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku melakukan zina. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???”

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan.” 
(Az-Zumar 39: 53 & 54)

p/s:Hidup ini hanya sementara jadi hiasilah ia dengan perkara-perkara yang dapat memudahkan  kita mencari jalan menuju syurgaNya ^^

Wasalam. 

 





Wednesday 3 April 2013

Cinta sampai syurga Insyaallah

Salam

Tanggal 2 April 2013 kita dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah Fauziah bt Muhamad. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui perihal arwah,ingin saya bercerita sedikit kisah mengenai beliau bersama suaminya yang tercinta Abil Fikri Ahmad. Arwah yang mesra dipanggil kak gee telah bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang sungguh tabah lagi tampan bernama Abil Fikri Ahmad pada tanggal 13 Mac 2009. Setelah usia perkahwinan menjangkau 2 tahun,suatu peristiwa yang benar-benar menguji kasih sayang abg Abil terhadap kak gee telah berlaku. Kak gee telah disahkan menghidap saraf otak hingga menyebabkan seluruh badannya lumpuh dan otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik. Selama 2 tahun abg Abil menjaga kak gee dengan penuh ketabahan hingga beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja. Hari yang dilalui dengan menjaga kak gee sedikit sebanyak mematangkan beliau. Apa yang paling saya kagumi ialah mengenai kasih sayang abg abil terhadap kak gee yang tidak pernah pudar sedikit pun. Jadi tidak hairanlah ada pihak yang melabelkanya sebagai SUAMI SATU DALAM SEJUTA. Namun apakan daya cinta dan kasih sayang Allah kepada kak gee melebihi selautan cinta dan kasih sayang abg Abil terhadapnya. Ajal telah tertulis, arwah kak gee pergi menghadap pencipta pada tanggal 2 April 2013 bersama abg Abil disisinya. Al-Fatihah

Kau sebaik-baik perancang Ya Allah,berilah jalan yang terbaik buat hambamu ini,tuntunilah langkah perjalanan hidup kami dan jangan biarkan kami tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Amin Ya Rabb.

p/s: Deep in my heart,i wish to married a man like brother Abil amin2 ^^

Wasalam.







Warkah Buat Isteri: abil4fauziah.blogspot.com

Monday 1 April 2013

Cukuplah Allah bagiku ^^

https://www.youtube.com/watch?v=-N1NAcltqlY

Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung. Jika kita meletakkan hati kita semata-mata kerana Allah maka tidak ada satu perkara pun yang perlu dirisaukan lagi. Apabila ditimpa dengan masalah atau musibah kita dianjurkan untuk kembali kepada Allah. Sesungguhnya nikmat yang paling manis adalah apabila Allah mentarbiyahkan hati kita dengan diturunkanNya pelbagai ujian kepada hambaNya. Tautlah semula hati kita kepada Allah kerana sesungguhnya perancangan Allah itu jauh lebih baik dan sempurna. Allah telah berfirman “berdoalah kepadaku maka aku akan memperkenankannya”. Cepat atau lambat doa kita diperkenankan itu adalah rahsia Allah. Jangan pernah takut apabila doa kita ditolak tetapi takutlah apabila kita tidak diberi hidayah untuk terus berdoa. ^^


p/s:Tercari-cari cinta sejati rupanya ia milik Allah,jika kecundang cinta manusia pasti ada ganti akan tetapi dikala kasih Allah makin menghilang tiada tuhan selainNya. ^^


Wasalam.

 

Sunday 24 March 2013

Kisah Nabi Berjumpa Dengan Iblis



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn68EXnhJrku4ujgxECZ554CQ7cAN8FKdRG-UXmVx6jJGKA230HKU9J-ouNtuiyXKwYQE6ycTwQwuapCcrIyJO3hEt6kRotPrHgOIOu0ZCfS80aN-JuZzzk8Mzjmd4ULn-FA3dMrIxePw/s1600/ayat+60.png  
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu !"


  Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


p/s:Dunia hanyalah permainan kehidupan semata-mata manakala negeri akhirat adalah suatu destinasi terakhir yang PASTI jadi jangan terus lena dibuai hasutan iblis dan syaitan.Bangkitlah dari mimpi indahmu yang hanya sementara wahai sahabatku.  ^^

Wasalam.