Bannerad

Friday 10 May 2013

Kiamat Sudah Dekat

Salam 1 Rejab buat sahabat yang dikasihi fillah,

Alhamdulillah, di dalam kesibukan dunia Allah telah mengutuskan seseorang kepada saya untuk memberi peringatan mengenai hari pengakhiran hidup iaitu hari kiamat. Syukran ya akhi. Dengan rasa besar hati saya ingin sharing bersama sahabat semua. Adakah sahabat perasan, hampir semua tanda-tanda kecil mengenai kemunculan hari kiamat telah berlaku. Antaranya ialah:

  1. Lahirnya Nabi Muhammad S.A.W
  2. Ilmu agama yang semakin hilang
  3. Islam semakin terasing
  4. Sifat-sifat terpuji semakin hilang dalam diri
  5. Umat Islam terikut-ikut perangai Yahudi dan Nasrani

Detik kelahiran baginda Rasulullah S.A.W merupakan tanda pertama kiamat akan berlaku. Jarak masa kedatangan hari kiamat diibaratkan seperti jarak antara jari telunjuk dan jari hantu. Oleh itu, jika sejak kelahiran baginda Rasulullah lagi jangka masa berlakunya kiamat sudah mula dikira cuba bayangkan lama manakah lagi kita dapat hidup di atas muka bumi Allah ini. 

Ilmu agama sudah semakin terhakis dijiwa masyarakat Islam kini terutamanya pada golongan generasi muda. Generasi kita sudah menuju kembali ke zaman jahiliyah. Ini lah generasi kita sekarang, bangsa jahiliyah moden. Generasi yang sudah tenggelam dalam lautan dosa dan maksiat. Anak muda yang bakal menjadi pelapis untuk mewarnai corak kepimpinan negara ialah anak muda yang rata-rata telah rosak akhlaknya. Ape pon tak boleh.

Agama islam juga sudah semakin terasing dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Mana tidaknya, ulama'-ulama' kita sekarang ramai yang dicaci maki dan dihina. Kerana apa?? Kerana ceteknya pemikiran manusia. Lantang bersuara tetapi tidak fikir baik buruknya. Para ulama' yang diutuskan sebagai penyampai dakwah untuk menyedarkan manusia dari kelalaian. Mereka jugalah yang dianggap sebagai pembangkang, disalahkan dan dihina-hina. Mereka yang seharusnya dihormati dan disanjung terpaksa menerima nasib yang sebaliknya. Apakah? Dunia oh dunia

Sifat-sifat terpuji sudah hilang dalam diri. Fitnah berleluasa. Sesungguhnya ini bukanlah cara hidup Islam yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah kepada kita. Mana hilangnya identiti kita sebagai umat Muhammad? Kita tidak diajar untuk menanam sifat mazmumah dalam diri. Bahkan sebaliknya. Al Quran dan As Sunnah tidak dijadikan pegangan. Itulah punca sebenarnya. Punca berlakunya permasalahan yang jika dibiarkan akan menanah dan menjadi busuk hingga merosakkan identiti seluruh umat Islam. Islam menggambarkan kedamaian dan keindahan. Jadi jangan biarkan keindahan itu rosak gara-gara sikap kita sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: "Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang sudah terpesong itu."

Yahudi ialah musuh yang nyata bagi umat Islam. Ayat diatas menyatakan mengenai sifat-sifat orang yahudi yang tidak akan senang duduk selagimana umat Islam tidak mengikut perintah dan kemahuan mereka. Agenda orang Yahudi ini dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah putus-putus dibuat.  Mereka mahu kita berpaling dari Islam sebenarnya. Cuma kita sahaja sengaja membutakan mata dan hati tidak mahu melihat kebenaran di depan mata. Satu persatu serangan pemikiran yang telah puak-puak yahudi ini buat. Daripada fenomena harlem shake, gangnam style hinggalah kepada fenomena gwiyomi yang hangat diperkatakan sekarang. Rasulullah bersabda:
"Barang siapa yang mengikut atau meniru kaum(agama) lain, maka mereka tergolong di dalam kaum(agama) itu." 
Baginda sendiri telah menegaskan tentang isu ini. Islam juga tegas melarang umatnya untuk meniru perbuatan yang bercanggah dengan Islam. Tetapi tegahan ini dipandang remeh oleh masyarakat Islam sekarang. Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi  kepada kita nanti. Kun fayakun! Nau'zubillah

Islam sudah goyah di hati masyarakat kini. Dunia sudah tenat sekarang. Tenat untuk menanggung  berat setiap dosa umat Islam yang dilakukan sewenang-wenang diatas perutnya. Selagi kiamat belum menyapa,kita masih sempat bertaubat. Bertaubatlah!Ini bukanlah ugutan tapi seruan. Wallahua'lam

p/s:Sebelum kiamat datang bertemu kita, sediakan lah persiapan secukupnya untuk pergi bertemu dengan Allah nanti. Good Luck!

Wasalam

No comments:

Post a Comment