Bannerad

Friday 3 May 2013

Jadilah Pemaaf


Assalamualaikum,

Memaaafkan kesalahan orang merupakan perkara yang mulia pada penglihatan Allah. Jadikan diri kita umpama sebuah pohon buah, apabila dibaling batu akan kita balas dengan buah. Apabila orang melakukan kejahatan pada kita balaslah ia dengan kemaafan kerana itu lebih baik.

Jadikan sifat pemaaf junjungan besar kita Rasulullah S.A.W sebagai contoh:

Rasulullah saw pernah mengalami detik mencemaskan bersama-sama Abu Bakar as-Siddiq di bumi Taif sebelum Islam bertapak kukuh di Madinah. Penduduk Taif melayan baginda dengan teruk. Mereka mengupah kanak-kanak untuk melontar batu dan mengejek baginda saw. Diriwayatkan, Jibril A.S datang kepada Rasulullah S.A.W untuk menghumban bukit kepada penduduk Taif. Namun, Rasulullah saw segera menolaknya. Malah baginda Rasulullah berdoa memohon kepada Allah agar penduduk Taif diberikan hidayah oleh Allah untuk menerima hidayah Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.”  
(Ali-Imran:132)

Siapa kita untuk menjadi tukang hukum di atas kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Sesungguhnya kita sendiri sebagai hambaNya punya banyak kekurangan. Apabila seseorang itu memiliki sifat pemaaf sebenarnya itu adalah tanda hatinya bersih dan tenang. Sebenarnya bukanlah mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Hakikatnya syaitan laknatullah sering menggunakan kelemahan manusia untuk mendorong kita menjadi seorang pemarah. Iman dan takwa yang mampu mengekang kita dari tipu daya syaitan.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu.Carilah kebaikan dalam keburukan. Maka hati kita akan lebih tenang. InsyaAllah

p/s:Sahabat yang dikasihi, marilah kita tanamkan pada hati dan jiwa dengan sifat pemaaf, kerana sifat pemaaf merupakan salah satu sifat ahli-ahli syurga ^^
Wasalam

No comments:

Post a Comment