Bannerad

Monday 22 April 2013

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali


Salam,

Yang hidup pasti akan merasai mati. Itulah lumrahnya. Cuma apa yang membezakan kita ialah waktu dan punca kematian. Usia seseorang itu tidak menentukan masa kematiannya. Baik tua atau muda jika ajal sudah tertulis maka pergilah seorang hamba untuk menghadap Penciptanya.

Yang menjadi persoalannya, sanggupkah kita pergi menghadap Ilahi dengan amalan yang tidak seberapa? Nau'zubillah moga2 kita sendiri akan mendapat tempat bersama orang-orang beriman disana. Amin

Adakah sahabat perasan apabila saat2 menghadapi sakaratul maut kita hanya mampu mengucapkan kalimah “LA ILA HA ILLALLAH” . Saat itu mulut kita tidak mampu untuk bergerak lagi. Allah Maha Penyayang jadi Dia masih memberi kesempatan kepada kita untuk mengucap tanpa perlu menggerakkan bibir sekalipun. Allahuakbar! Itulah nikmat terakhir yang Allah berikan pada kita di dunia.

Orang yang sedang melalui sakaratul maut akan merasai kehausan yang teramat sangat sebab itu kita disarankan untuk menitikkan beberapa titis air di mulutnya bagi menghilangkan dahaga. Ia diibaratkan seperti meneguk beberapa baldi air pun masih tidak cukup untuk menghilang kehausan tersebut.

Bertemu kita disana sahabat, Al-Fatihah.



p/s:Saat ajal menjemput banyak mana bekalan yang mahu dibawa nanti? Tepuk dada, tanya iman.

Wasalam

Friday 19 April 2013

I LOVE YOU

Salam jumaat,

3 perkataaan agung yang sering membuat seseorang berasa ibarat berada diawang-awangan apabila perkataan itu ditujukan khas buatnya, I love you. Bagi pasangan kekasih rasanya perkataan ini sudah selalu diucapkan buat si dia. Sahabat, pernah kah anda terfikir jika mudahnya kita mengucapkan kata cinta kepada seseorang yang belum halal buat kita, apakah nilai cinta sebenar yang ingin diberi buat seseorang yang halal buat kita nanti?

Selagi kita belum bernikah sebaik-baik tempat untuk kita letakkan rasa cinta hanyalah kepada Allah dan Rasul. Kepada Dia lah selayaknya kita berikan cinta. Tukarlah ungkapan cinta kita " Kusemat namamu di taman hatiku, setiap degup jantungku menyebut namamu" kepada "Allah sahaja dihatiku, selagi degup jantung ini tidak berhenti cintaku hanya padaMu Ya Ilahi".

Menzahirkan cinta kepada manusia banyak cubaannya, kita perlu bersedia untuk disakiti dan kecewa. Tetapi apabila kita menzahirkan cinta kepada Allah kita tidak akan kecewa. Hati yang keras akan menjadi tenang, fikiran yang kusut akan menjadi lapang. Itu lah nikmat cinta Ilahi. ^^

Allah lebih mengetahui perihal hambanya. Fitrah manusia memerlukan cinta dalam hidup. Jadi Allah telah mengurniakan kita hati untuk merasai perasaan menyayangi dan mencintai. Tetapi salurlah ke tempat yang betul seperti cinta kepada Allah dan Rasul, ibubapa dan sahabat. Selagi lafaz nikah belum terucap cinta kepada si dia adalah cinta yang masih belum halal buat kita. Jalan yang terbaik, BERNIKAH lah.

Firman Allah yang bermaksud:
" "Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
(Surah Ali Imran 3:31)

p/s:Seluas-luas langit yang membiru itu, jadikan cintaku padaMu seluas itu. Sedalam-dalam air di lautan, jadikan sedalam itu cintaku padaMu. Setinggi-tinggi menara berkembar KLCC, jadikan cintaku kepadaMu tinggi lagi dari itu. ^^

Wallahua'lam
Wasalam.




Thursday 18 April 2013

Harga sebuah air mata

Salam sahabat,

Air mata adalah sesuatu yang luar biasa untuk dibicarakan. Mana tidaknya kita mengalirkan air mata bukan sahaja sebab kita sedih malahan banyak sebab lain yang boleh membuatkan tiba-tiba sahaja tubir mata mula berkaca-kaca mahu menangis. Antaranya ialah bila kita sedang menanggung kesakitan, menanggung rindu, terlalu gembira dan menangis kerana menyesali dosa-dosa silam.

Kadang-kadang kita tidak sangka bahawa air mata itulah yang memainkan peranan mendekatkan diri kita kepada pencipta semula. Muhasabah semula diri, segelintir dari kita akan ingat kepada Allah hanya apabila kita berada dibawah ketika ditimpa kesusahan tetapi apabila kita berada diatas di dalam kesenangan yang sementara dimanakah letaknya posisi Allah di hati kita?? Allah sifatNya maha berkuasa jika Dia mahu terbalikkan bumi ini sekelip mata sahaja Dia mampu melakukannya. Tetapi perlu ingat Allah juga sifatnya Ar-Rahim iaitu maha mengasihani maka Dia masih lagi memberi kesempatan buat kita untuk kembali menautkan semula hati kepadaNya dengan rela.

Ingatlah, kita tanpa Allah hanyalah tinggal jiwa-jiwa yang rapuh. Janganlah sombong dalam menjalani detik-detik kehidupan tanpa menunaikan segala suruhanNya. Memetik kata-kata daripada langitilahi.com, banyak perkara yang tidak mampu untuk membawa kita dekat dengan Allah, namun kesedihan yang kadang kala kita rasa agak menyusahkan tetapi berjaya membawa kita dekat dengan Allah.

“Dua titisan yang paling disukai Allah, pertama – titisan air mata yang dialirkan kerana takutkan Allah. Kedua – titisan darah yang tertumpah ke jalan Allah”
(Dipetik dari Kitab Himpunan Fadhilat Amal)

p/s:Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami.(petikan kata-kata Ustazah Fatimah Syarha) ^^

Wasalam.


Monday 15 April 2013

Mencari Ad-Deen yang sebenar

Salam sahabat,

Entry kali ini membicarakan mengenai Islam as the way of life. Ramai dari kita yang tertera di IC nya beragama islam tetapi pada hakikatnya tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Mencari Ad-Deen yang sebenar yang saya ingin bicarakan disini adalah mengenai tindak tanduk kita dalam kehidupan yang kadang kala tidak menggambarkan kita ini mempunyai pegangan hidup yang benar-benar berlandaskan syariat Islam yang digariskan oleh Allah. Born as a Muslim, so act like a real Muslim. Usah perhatikan orang lain, muhasabahlah diri kita sendiri, melihat sama ada gaya hidup kita ini benar-benar menggambarkan keindahan cara hidup Islam yang sebenar. Yang bergelar manusia itu sememangnya sifatnya mudah alpa dan tidak maksum ataupun sempurna. Maka ramai sahaja yang melakukan kemungkaran dan menganggapnya sebagai perkara biasa.

Akhlak yang tidak terpuji yang kebanyakan antara kita menganggapnya sebagai perkara remeh ialah:
  1. Bergurau senda yang melampaui batas dengan yang bukan muhrim (sepupu pun tak boleh).
  2. Berdua-duaan dengan kekasih.
  3. Berdusta dalam bergurau senda.
  4. Menjawab 'ah', 'ish' kepada ibu bapa.
  5. Mengeluarkan kata-kata kesat.
  6. Menayang aurat dengan sengaja.
  7. Mengumpat.
  8. Mengajak orang lain melakukan amar maaruf dan nahi mungkar padahal diri sendiri tidak mematuhi apa yang diseru (akan cuba diperbaiki huhu).
 Tinggalkan sifat mazmumah gantikan dengan sifat mahmudah, antaranya ialah:
  1. Solat jangan tinggal.
  2. Mendekatkan diri dengan Allah.
  3. Memantapkan akidah diri dengan menghadiri majlis ilmu.
  4. Meninggalkan perkara yang mungkar.
  5. Bersahabat  dengan golongan yang mencintai masjid.
p/s: Jom sahabat kita sama-sama membantu dan memperingatkan satu sama lain dalam menggapai REDHA ILAHI ^^

Wasalam. 



Friday 12 April 2013

Hikmah dan Karomah Ayah Bonda

Salam sahabat,

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

(Al-Israa' 17:23) 

   Picture of peoples who had gave birth to me ^^


Terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit mengenai tajuk entry seperti yang diatas. Hikmah mempunyai banyak erti seperti kebijaksanaan dari Allah,kesaktian atau manfaat manakala karomah bermaksud mulia. Jadi apabila ditukar ke bahasa yang lebih mudah entry ini membicarakan mengenai kemulian seorang ibu dan kebijaksanaan seorang ayah. Ada sebuah cerita yang mahu saya kongsikan bersama sahabat mengenai pengorbanan seorang ayah.

Kisah mengenai seorang ayah yang berpendapatan sederhana tetapi mempunyai ramai anak manakala isteri tercinta telah pergi menghadap ilahi akibat kemalangan jalan raya. Ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat beliau terpaksa membanting tulang bekerja demi menyediakan keselesaan buat anak-anak tersayang. Ketika anak-anaknya dibelikan baju baru padahal baju si ayah sendiri tidak berganti. Katanya "lebih selesa pakai yang lama kerana masih elok." Ketika anak-anaknya dibelikan makanan yang sedap jarang sekali dilihat si ayah menjamah makanan itu bersama-sama mereka. Katanya "makanan yang sedikit tu makan untuk kau orang sajelah." Ketika anak-anak dibelikan baju raya baru si ayah hanya bertukar-tukar baju melayu yang ada di almarinya sahaja. Itupun baju-baju tersebut kebanyakan diberikan oleh bosnya kerana menyertai majlis-majlis keraian di pejabat tempat beliau bekerja. Seluarnya juga jarang bertukar dan sering memakai seluar pejabat untuk kemana-mana sahaja. Ketika anak-anaknya meminta duit lebih untuk membeli peralatan sekolah seboleh-bolehnya si ayah mahu memberikan sebanyak wang yang boleh beliau berikan. Dibelek-belek dompetnya hanya tinggal RM 10 dengan wang kertas RM 5 sebanyak 2 keping didalamnya. "Berapa yang kau mahu?" tanya si ayah kepada anaknya. "RM 7 je." jawab si anak. "Ayah ada 10 ringgit je, boleh ayah bagi kau 5 ringgit dulu?lagi 5 ringgit tu untuk duit makan ayah." tanya si ayah sambil membelek-belek duit di dalam dompet. "Boleh ayah." jawab si anak. Si ayah mengeluh perlahan. Mujurlah anaknya faham.

 Duit di dalam dompet dah hampir kering jadi beliau perlu mencari duit lebih untuk memberi wang belanja sekolah untuk anak-anaknya yang lain. Dalam satu minggu sebanyak  4 hingga 6 kali beliau membuat kerja overtime. Balik sudah la lewat pagi lebih kurang pukul 3 atau 4 pagi. Si ayah hanya sempat tidur untuk beberapa jam sahaja dan setelah itu beliau perlu menghantar anak-anaknya ke sekolah dan perlu bekerja seperti biasa. Kadang-kadang apabila memerlukan wang lebih si ayah sanggup bekerja pada cuti hujung minggu. Si ayah sedar dia perlu bekerja kuat mana tidaknya, 2 orang anaknya sedang belajar di universiti dan memerlukan duit lebih. Suatu hari sepucuk surat dari pihak universiti sampai ke rumah, isi surat itu menyatakan anak lelakinya telah dibuang dari universiti kerana telah terlibat dengan kes pergaduhan. Terduduk si ayah. Dadanya sesak,fikirannya rungsing.Penat lelah bekerja sebelum ini yang beliau sengaja sembunyikan tiba-tiba dirasakan serta merta. 2 hari dia menunggu kepulangan anaknya tetapi anaknya tidak juga pulang. Ditelefon anaknya juga tidak berangkat. Lalu si ayah putuskan untuk pergi ke rumah sewa anaknya yang terletak jauh di selatan tanah air.


 Berbekalkan wang RM 100 ditangan dia menaiki bas dan pergi mencari anaknya. Diketuk-ketuk pintu rumah sewa anaknya akhirnya pintu itu dibuka oleh rakan serumah anaknya. Rakan anaknya memberitahu bahawa anaknya ke bandar untuk membeli barang lalu dipelawa si ayah untuk duduk dahulu sementara menunggu kepulangan anaknya. Tidak lama kemudia anaknya pulang sambil berpelukan dengan seorang perempuan. Si ayah berang "Apa kau buat ni?Sapa perempuan ni?Ayah tak pernah ajar kau bawak balik perempuan ke rumah.""Dia kekasih saya." jawab anaknya.Tanpa berfikir panjang si ayah menampar muka anaknya."Anak kurang ajar.Aku penat kau tahu !! Aku bekerja membanting  tulang untuk kau orang adik beradik. Aku kerja siang malam nak bagi kau orang makan. Aku tak kisah penat lelah aku bekerja sebab aku puas dapat bagi kau orang keselesaan dan kesenangan dengan duit gaji yang aku dapat tu. Seluar baju aku tak bertukar sebab aku utamakan kepentingan kau orang berbanding kepentingan aku sendiri. Aku tak pernah guna duit gaji aku untuk diri aku sendiri pun. Semua aku habiskan untuk kau orang. Tapi ini balasan kau pada aku. Aku tak pernah besarkan kau untuk jadi kurang ajar dan bergaduh dengan orang !"kemarahannya memuncak, mata si ayah mula berkaca-kaca. Si anak hanya diam merenung lantai. Ayahnya tiba-tiba rebah dan meninggal tidak lama selepas itu. Tanpa pengetahuan anak-anaknya si ayah telah merahsiakan penyakit jantung yang telah lama dihidapinya. Demikianlah pengakhiran kisah pengorbanan seorang ayah.


Adakalanya layanan mereka kepada kita sedikit tegas ataupun garang tetapi niat mereka cuma satu, untuk mendewasakan kita supaya dapat menjadi orang yang berguna bila besar nanti. Mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya, saat kita nak masuk exam adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita? Ini kerana kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. Ayah dan ibu, kedua-duanya merupakan orang yang penting dalam hidup kita, tanpa mereka tidak lahir kita ke bumi Allah ini. Pengorbanan kedua ibu dan ayah tiada tolok bandingnya. Merekalah yang menjadi 'tulang belakang' kepada kita.

Seorang ayah dapat diandaikan sebagai lelaki yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup kita kerana beliau sanggup berkorban duit malah sekalipun nyawanya akan dipertaruhkan untuk kita. Same goes with our mother. Begitulah ianya akan berterusan sehinggalah saat lafaz sakinah bermula dimana amanat seorang wali akan diserahkan kepada bakal suami kepada anaknya bagi anaknya yang perempuan manakala bagi anak lelaki akan mula menjadi nakhoda yang akan melayari bahtera rumahtangga bersama pasangannya.

p/s:Anak yang 'sejuk perut ibu mengandung' itu bukan yang lulus universiti, bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji RM18 k sebulan tapi ialah anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya dan yang sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran untuk kesejahteraan roh mereka.(petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus) ^^

Wasalam.


Saat Lafaz Sakinah by Far East: https://www.youtube.com/watch?v=Gnua_V91Cxo

Thursday 11 April 2013

Mencintai Surah Al-Ikhlas


Salam,

Diceritakan dalam sebuah kisah, bahawa ada seorang yang selalu membaca surah al-Ikhlas ketika menjadi imam. Banyak orang menasihatinya agar membaca surah-surah yang lain. Akan tetapi lelaki ini selalu membaca surah yang sama, iaitu al-Ikhlas. Kemudian hal ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah bertanya kepadanya:

Ertinya:"Wahai fulan! Apa yang membuatmu tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh sahabatmu? Dan apa yang membuatmu selalu membaca surah al-Ikhlas berulang kali dalam setiap rakaat?" Lelaki itu meluahkan isi hatinya: "Aku sungguh mencintainya." Lantas Rasulullah meyakinkan lelaki tersebut: "Kecintaanmu pada surah itu penyebab kamu masuk ke dalam syurga kelak."
(Riwayat Bukhari)

Akan tetapi jangan sampai satu masa sesorang membaca surah al-Ikhlas disetiap rakaat, dan membaca surah lain sesudahnya. Sahabat Rasulullah S.A.W tadi mungkin sahaja memahami bahawa kecintaannya kepada surah ini, iaitu dengan membacanya setiap rakaat solat. Dan yang benar adalah kecintaan sesorang pada surah ini merupakan langkah awal untuk masuk ke dalam syurga, dan mengamalkan kandungan surah ini tentu lebih dianjurkan daripada perkara-perkara akidah, tauhid dan keikhlasan yang terkandung dalam surah yang pendek ini.


Pengertian surah:

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

اللَّهُ الصَّمَد
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan

ِوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
4. dan tidak ada sesiapapun yang sekufu/setara dengan-Nya.

Sadaqallahul Azeem.

p/s:Renung-renungkan dan selamat beramal ^^

Wasalam.

credit to: www.yamaniangle.com.my (Mudahnya Jalan ke Syurga)

19 hadis Rasulullah S.A.W mengenai wanita

Salam,


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

p/s:Tercipta Hawa itu dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung ^^

Wasalam.




Wednesday 10 April 2013

Taubat Seorang Hamba


 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ 
بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(At Tahrim 66:8)

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Melalui firman Allah ini boleh disimpulkan bahawa Allah s.w.t menyeru hamba-hambanya supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Sesetengah manusia hanya berani mengungkap kata taubat pada mulutnya sahaja padahal hati mereka masih bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Setiap dosa yang kita lakukan waima besar atau kecil dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah selagi mana kita tidak menadah tangan memohon keampunan dariNya. Kita masih ada masa untuk bertaubat kerana Allah masih lagi membuka pintu taubat seluasnya buat hamba-hambaNya yang mahu bertaubat. Oleh sebab  itu setiap yang bergelar hamba Allah wajib bertaubat dari segala dosa dan maksiat di setiap waktu dan kesempatan sebelum ajal datang menjemput sehingga mereka tak lagi memiliki kesempatan, lalu baru menyesal dan meratapi kesilapan sendiri.

Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku melakukan zina. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???”

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan.” 
(Az-Zumar 39: 53 & 54)

p/s:Hidup ini hanya sementara jadi hiasilah ia dengan perkara-perkara yang dapat memudahkan  kita mencari jalan menuju syurgaNya ^^

Wasalam. 

 





Wednesday 3 April 2013

Cinta sampai syurga Insyaallah

Salam

Tanggal 2 April 2013 kita dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah Fauziah bt Muhamad. Kepada sesiapa yang tidak mengetahui perihal arwah,ingin saya bercerita sedikit kisah mengenai beliau bersama suaminya yang tercinta Abil Fikri Ahmad. Arwah yang mesra dipanggil kak gee telah bertemu jodoh dengan seorang jejaka yang sungguh tabah lagi tampan bernama Abil Fikri Ahmad pada tanggal 13 Mac 2009. Setelah usia perkahwinan menjangkau 2 tahun,suatu peristiwa yang benar-benar menguji kasih sayang abg Abil terhadap kak gee telah berlaku. Kak gee telah disahkan menghidap saraf otak hingga menyebabkan seluruh badannya lumpuh dan otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik. Selama 2 tahun abg Abil menjaga kak gee dengan penuh ketabahan hingga beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja. Hari yang dilalui dengan menjaga kak gee sedikit sebanyak mematangkan beliau. Apa yang paling saya kagumi ialah mengenai kasih sayang abg abil terhadap kak gee yang tidak pernah pudar sedikit pun. Jadi tidak hairanlah ada pihak yang melabelkanya sebagai SUAMI SATU DALAM SEJUTA. Namun apakan daya cinta dan kasih sayang Allah kepada kak gee melebihi selautan cinta dan kasih sayang abg Abil terhadapnya. Ajal telah tertulis, arwah kak gee pergi menghadap pencipta pada tanggal 2 April 2013 bersama abg Abil disisinya. Al-Fatihah

Kau sebaik-baik perancang Ya Allah,berilah jalan yang terbaik buat hambamu ini,tuntunilah langkah perjalanan hidup kami dan jangan biarkan kami tergolong dalam kalangan orang yang rugi. Amin Ya Rabb.

p/s: Deep in my heart,i wish to married a man like brother Abil amin2 ^^

Wasalam.







Warkah Buat Isteri: abil4fauziah.blogspot.com

Monday 1 April 2013

Cukuplah Allah bagiku ^^

https://www.youtube.com/watch?v=-N1NAcltqlY

Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung. Jika kita meletakkan hati kita semata-mata kerana Allah maka tidak ada satu perkara pun yang perlu dirisaukan lagi. Apabila ditimpa dengan masalah atau musibah kita dianjurkan untuk kembali kepada Allah. Sesungguhnya nikmat yang paling manis adalah apabila Allah mentarbiyahkan hati kita dengan diturunkanNya pelbagai ujian kepada hambaNya. Tautlah semula hati kita kepada Allah kerana sesungguhnya perancangan Allah itu jauh lebih baik dan sempurna. Allah telah berfirman “berdoalah kepadaku maka aku akan memperkenankannya”. Cepat atau lambat doa kita diperkenankan itu adalah rahsia Allah. Jangan pernah takut apabila doa kita ditolak tetapi takutlah apabila kita tidak diberi hidayah untuk terus berdoa. ^^


p/s:Tercari-cari cinta sejati rupanya ia milik Allah,jika kecundang cinta manusia pasti ada ganti akan tetapi dikala kasih Allah makin menghilang tiada tuhan selainNya. ^^


Wasalam.