Bannerad

Thursday 18 April 2013

Harga sebuah air mata

Salam sahabat,

Air mata adalah sesuatu yang luar biasa untuk dibicarakan. Mana tidaknya kita mengalirkan air mata bukan sahaja sebab kita sedih malahan banyak sebab lain yang boleh membuatkan tiba-tiba sahaja tubir mata mula berkaca-kaca mahu menangis. Antaranya ialah bila kita sedang menanggung kesakitan, menanggung rindu, terlalu gembira dan menangis kerana menyesali dosa-dosa silam.

Kadang-kadang kita tidak sangka bahawa air mata itulah yang memainkan peranan mendekatkan diri kita kepada pencipta semula. Muhasabah semula diri, segelintir dari kita akan ingat kepada Allah hanya apabila kita berada dibawah ketika ditimpa kesusahan tetapi apabila kita berada diatas di dalam kesenangan yang sementara dimanakah letaknya posisi Allah di hati kita?? Allah sifatNya maha berkuasa jika Dia mahu terbalikkan bumi ini sekelip mata sahaja Dia mampu melakukannya. Tetapi perlu ingat Allah juga sifatnya Ar-Rahim iaitu maha mengasihani maka Dia masih lagi memberi kesempatan buat kita untuk kembali menautkan semula hati kepadaNya dengan rela.

Ingatlah, kita tanpa Allah hanyalah tinggal jiwa-jiwa yang rapuh. Janganlah sombong dalam menjalani detik-detik kehidupan tanpa menunaikan segala suruhanNya. Memetik kata-kata daripada langitilahi.com, banyak perkara yang tidak mampu untuk membawa kita dekat dengan Allah, namun kesedihan yang kadang kala kita rasa agak menyusahkan tetapi berjaya membawa kita dekat dengan Allah.

“Dua titisan yang paling disukai Allah, pertama – titisan air mata yang dialirkan kerana takutkan Allah. Kedua – titisan darah yang tertumpah ke jalan Allah”
(Dipetik dari Kitab Himpunan Fadhilat Amal)

p/s:Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami.(petikan kata-kata Ustazah Fatimah Syarha) ^^

Wasalam.


No comments:

Post a Comment