Bannerad

Friday 12 April 2013

Hikmah dan Karomah Ayah Bonda

Salam sahabat,

Firman Allah yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

(Al-Israa' 17:23) 

   Picture of peoples who had gave birth to me ^^


Terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit mengenai tajuk entry seperti yang diatas. Hikmah mempunyai banyak erti seperti kebijaksanaan dari Allah,kesaktian atau manfaat manakala karomah bermaksud mulia. Jadi apabila ditukar ke bahasa yang lebih mudah entry ini membicarakan mengenai kemulian seorang ibu dan kebijaksanaan seorang ayah. Ada sebuah cerita yang mahu saya kongsikan bersama sahabat mengenai pengorbanan seorang ayah.

Kisah mengenai seorang ayah yang berpendapatan sederhana tetapi mempunyai ramai anak manakala isteri tercinta telah pergi menghadap ilahi akibat kemalangan jalan raya. Ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat beliau terpaksa membanting tulang bekerja demi menyediakan keselesaan buat anak-anak tersayang. Ketika anak-anaknya dibelikan baju baru padahal baju si ayah sendiri tidak berganti. Katanya "lebih selesa pakai yang lama kerana masih elok." Ketika anak-anaknya dibelikan makanan yang sedap jarang sekali dilihat si ayah menjamah makanan itu bersama-sama mereka. Katanya "makanan yang sedikit tu makan untuk kau orang sajelah." Ketika anak-anak dibelikan baju raya baru si ayah hanya bertukar-tukar baju melayu yang ada di almarinya sahaja. Itupun baju-baju tersebut kebanyakan diberikan oleh bosnya kerana menyertai majlis-majlis keraian di pejabat tempat beliau bekerja. Seluarnya juga jarang bertukar dan sering memakai seluar pejabat untuk kemana-mana sahaja. Ketika anak-anaknya meminta duit lebih untuk membeli peralatan sekolah seboleh-bolehnya si ayah mahu memberikan sebanyak wang yang boleh beliau berikan. Dibelek-belek dompetnya hanya tinggal RM 10 dengan wang kertas RM 5 sebanyak 2 keping didalamnya. "Berapa yang kau mahu?" tanya si ayah kepada anaknya. "RM 7 je." jawab si anak. "Ayah ada 10 ringgit je, boleh ayah bagi kau 5 ringgit dulu?lagi 5 ringgit tu untuk duit makan ayah." tanya si ayah sambil membelek-belek duit di dalam dompet. "Boleh ayah." jawab si anak. Si ayah mengeluh perlahan. Mujurlah anaknya faham.

 Duit di dalam dompet dah hampir kering jadi beliau perlu mencari duit lebih untuk memberi wang belanja sekolah untuk anak-anaknya yang lain. Dalam satu minggu sebanyak  4 hingga 6 kali beliau membuat kerja overtime. Balik sudah la lewat pagi lebih kurang pukul 3 atau 4 pagi. Si ayah hanya sempat tidur untuk beberapa jam sahaja dan setelah itu beliau perlu menghantar anak-anaknya ke sekolah dan perlu bekerja seperti biasa. Kadang-kadang apabila memerlukan wang lebih si ayah sanggup bekerja pada cuti hujung minggu. Si ayah sedar dia perlu bekerja kuat mana tidaknya, 2 orang anaknya sedang belajar di universiti dan memerlukan duit lebih. Suatu hari sepucuk surat dari pihak universiti sampai ke rumah, isi surat itu menyatakan anak lelakinya telah dibuang dari universiti kerana telah terlibat dengan kes pergaduhan. Terduduk si ayah. Dadanya sesak,fikirannya rungsing.Penat lelah bekerja sebelum ini yang beliau sengaja sembunyikan tiba-tiba dirasakan serta merta. 2 hari dia menunggu kepulangan anaknya tetapi anaknya tidak juga pulang. Ditelefon anaknya juga tidak berangkat. Lalu si ayah putuskan untuk pergi ke rumah sewa anaknya yang terletak jauh di selatan tanah air.


 Berbekalkan wang RM 100 ditangan dia menaiki bas dan pergi mencari anaknya. Diketuk-ketuk pintu rumah sewa anaknya akhirnya pintu itu dibuka oleh rakan serumah anaknya. Rakan anaknya memberitahu bahawa anaknya ke bandar untuk membeli barang lalu dipelawa si ayah untuk duduk dahulu sementara menunggu kepulangan anaknya. Tidak lama kemudia anaknya pulang sambil berpelukan dengan seorang perempuan. Si ayah berang "Apa kau buat ni?Sapa perempuan ni?Ayah tak pernah ajar kau bawak balik perempuan ke rumah.""Dia kekasih saya." jawab anaknya.Tanpa berfikir panjang si ayah menampar muka anaknya."Anak kurang ajar.Aku penat kau tahu !! Aku bekerja membanting  tulang untuk kau orang adik beradik. Aku kerja siang malam nak bagi kau orang makan. Aku tak kisah penat lelah aku bekerja sebab aku puas dapat bagi kau orang keselesaan dan kesenangan dengan duit gaji yang aku dapat tu. Seluar baju aku tak bertukar sebab aku utamakan kepentingan kau orang berbanding kepentingan aku sendiri. Aku tak pernah guna duit gaji aku untuk diri aku sendiri pun. Semua aku habiskan untuk kau orang. Tapi ini balasan kau pada aku. Aku tak pernah besarkan kau untuk jadi kurang ajar dan bergaduh dengan orang !"kemarahannya memuncak, mata si ayah mula berkaca-kaca. Si anak hanya diam merenung lantai. Ayahnya tiba-tiba rebah dan meninggal tidak lama selepas itu. Tanpa pengetahuan anak-anaknya si ayah telah merahsiakan penyakit jantung yang telah lama dihidapinya. Demikianlah pengakhiran kisah pengorbanan seorang ayah.


Adakalanya layanan mereka kepada kita sedikit tegas ataupun garang tetapi niat mereka cuma satu, untuk mendewasakan kita supaya dapat menjadi orang yang berguna bila besar nanti. Mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya, saat kita nak masuk exam adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita? Ini kerana kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu. Ayah dan ibu, kedua-duanya merupakan orang yang penting dalam hidup kita, tanpa mereka tidak lahir kita ke bumi Allah ini. Pengorbanan kedua ibu dan ayah tiada tolok bandingnya. Merekalah yang menjadi 'tulang belakang' kepada kita.

Seorang ayah dapat diandaikan sebagai lelaki yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup kita kerana beliau sanggup berkorban duit malah sekalipun nyawanya akan dipertaruhkan untuk kita. Same goes with our mother. Begitulah ianya akan berterusan sehinggalah saat lafaz sakinah bermula dimana amanat seorang wali akan diserahkan kepada bakal suami kepada anaknya bagi anaknya yang perempuan manakala bagi anak lelaki akan mula menjadi nakhoda yang akan melayari bahtera rumahtangga bersama pasangannya.

p/s:Anak yang 'sejuk perut ibu mengandung' itu bukan yang lulus universiti, bukan yang ada PHD, bukan yang bergaji RM18 k sebulan tapi ialah anak yang berjasa kepada kedua orang tuanya dan yang sentiasa berdoa dan membaca Al-Quran untuk kesejahteraan roh mereka.(petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus) ^^

Wasalam.


Saat Lafaz Sakinah by Far East: https://www.youtube.com/watch?v=Gnua_V91Cxo

No comments:

Post a Comment