Bannerad

Wednesday 10 April 2013

Taubat Seorang Hamba


 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ 
بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(At Tahrim 66:8)

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Melalui firman Allah ini boleh disimpulkan bahawa Allah s.w.t menyeru hamba-hambanya supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Sesetengah manusia hanya berani mengungkap kata taubat pada mulutnya sahaja padahal hati mereka masih bergelumang dengan dosa dan maksiat.
Setiap dosa yang kita lakukan waima besar atau kecil dosa itu tidak akan diampunkan oleh Allah selagi mana kita tidak menadah tangan memohon keampunan dariNya. Kita masih ada masa untuk bertaubat kerana Allah masih lagi membuka pintu taubat seluasnya buat hamba-hambaNya yang mahu bertaubat. Oleh sebab  itu setiap yang bergelar hamba Allah wajib bertaubat dari segala dosa dan maksiat di setiap waktu dan kesempatan sebelum ajal datang menjemput sehingga mereka tak lagi memiliki kesempatan, lalu baru menyesal dan meratapi kesilapan sendiri.

Adakah Allah Menerima Taubatku???

“Aku ingin bertaubat tetapi dosaku terlalu banyak. Aku masih belum meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan maksiat yang aku lakukan. Aku telah melakukan maksiat ini sejak aku masih kecil sehinggalah sekarang. Aku mencuri. Aku berbohong. Aku meninggalkan solat. Aku melakukan zina. Dosaku terlalu banyak sehingga aku tidak yakin bahawa Allah swt akan mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan sekian lama. Kini aku bertahajjud disepertiga malam, aku berpuasa isnin dan khamis, dan aku membaca Al-Quran. Adakah Allah akan mengampunkan aku dan menerima taubatku???”

Firman Allah swt: “ Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan.” 
(Az-Zumar 39: 53 & 54)

p/s:Hidup ini hanya sementara jadi hiasilah ia dengan perkara-perkara yang dapat memudahkan  kita mencari jalan menuju syurgaNya ^^

Wasalam. 

 





No comments:

Post a Comment