Bannerad

Thursday 11 April 2013

Mencintai Surah Al-Ikhlas


Salam,

Diceritakan dalam sebuah kisah, bahawa ada seorang yang selalu membaca surah al-Ikhlas ketika menjadi imam. Banyak orang menasihatinya agar membaca surah-surah yang lain. Akan tetapi lelaki ini selalu membaca surah yang sama, iaitu al-Ikhlas. Kemudian hal ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah bertanya kepadanya:

Ertinya:"Wahai fulan! Apa yang membuatmu tidak melakukan apa yang diperintahkan oleh sahabatmu? Dan apa yang membuatmu selalu membaca surah al-Ikhlas berulang kali dalam setiap rakaat?" Lelaki itu meluahkan isi hatinya: "Aku sungguh mencintainya." Lantas Rasulullah meyakinkan lelaki tersebut: "Kecintaanmu pada surah itu penyebab kamu masuk ke dalam syurga kelak."
(Riwayat Bukhari)

Akan tetapi jangan sampai satu masa sesorang membaca surah al-Ikhlas disetiap rakaat, dan membaca surah lain sesudahnya. Sahabat Rasulullah S.A.W tadi mungkin sahaja memahami bahawa kecintaannya kepada surah ini, iaitu dengan membacanya setiap rakaat solat. Dan yang benar adalah kecintaan sesorang pada surah ini merupakan langkah awal untuk masuk ke dalam syurga, dan mengamalkan kandungan surah ini tentu lebih dianjurkan daripada perkara-perkara akidah, tauhid dan keikhlasan yang terkandung dalam surah yang pendek ini.


Pengertian surah:

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
1. Katakanlah (wahai Muhammad): "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa.

اللَّهُ الصَّمَد
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan

ِوَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ
4. dan tidak ada sesiapapun yang sekufu/setara dengan-Nya.

Sadaqallahul Azeem.

p/s:Renung-renungkan dan selamat beramal ^^

Wasalam.

credit to: www.yamaniangle.com.my (Mudahnya Jalan ke Syurga)

No comments:

Post a Comment