Bannerad

Friday 17 May 2013

Cinta Rasulullah S.A.W

Salam w.b.t,

Rasulullah S.A.W bersabda

"Tidak sempurna iman seorang dari kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada dia sayang kepada dirinya, ibu bapanya, anak-anaknya atau manusia lain."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Secebis kisah mengenai kasih sayang sahabat kepada Rasulullah dan kecintaan penuh baginda Rasulullah buat sahabat sezamannya..

Cerita pertama: Uqashah.
Diceritakan Uqashah merupakan seorang sahabat yang paling mencintai Rasulullah. Kisahnya bermula apabila baginda secara tidak sengaja terpukul Uqashah dgn tongkatnya. Tidak lama selepas itu Uqashah membangkitkan perkara itu kepada Rasulullah di hadapan para sahabat. "Ya Rasulullah, hari tu engkau secara tidak sengaja telah memukulku dengan tongkatmu, lalu hari ini aku ingin membalas perbuatanmu. Aku ingin memukulmu pula." Kata Rasulullah "Kalau begitu buatlah apa yang engkau mahu." Baginda menyuruh Saidina Umar (kalau tak silap) untuk pergi ke rumahnya dan mengambil tongkat itu untuk diberi kepada Uqashah. Para sahabat yang lain tidak berpuas hati lalu memprotes tindakan Uqashah. Namun Uqashah masih berkeras dengan keputusannya. Setelah tongkat itu sampai ke tangan Uqashah lalu berkatanya lagi. "Ya Rasulullah ketika engkau tidak sengaja memukulku ketika itu aku tidak memakai baju, jadi aku ingin memukulmu ketika engkau juga tidak berbaju. Baginda terus membuka bajunya. Para sahabat yang lain ramai yang menangis kerana tidak sanggup melihat manusia yang mereka cintai dipukul. Disaat kekasih Allah itu sudah bersedia untuk dipukul, Uqashah mencampakkan tongkat baginda lalu badan baginda Rasulullah dipeluknya. Sahabat semuanya tercengang. Rupanya itu semua helah Uqashah. Dia menangis sambil memeluk Rasulullah. "Mana mungkin aku ingin memukulmu wahai Rasulullah sedangkan aku amat mencintaimu" Kata Rasulullah "Wahai sahabat sekalian, jika kamu semua ingin melihat ahli syurga lihatlah Uqashah. Sesungguhnya dia amat mencintai aku maka syurgalah ganjarannya." Uqashah memang sengaja mahu Rasulullah membuka bajunya kerana ingin bersentuhan kulit dengan baginda, kerana sesungguhnya kulit yang pernah bersentuhan dengan Rasulullah diharamkan dari dijilat api neraka. Besarnya kecintaan Uqashah kepada Rasulullah.

Cerita kedua: Bilal bin Rabah
Bilal bin Rabah ialah sahabat nabi yang berkulit hitam. Bilal ialah muazin pertama di dalam Islam. Pakaiannya sederhana, suaranya mengalunkan azan juga tidak seberapa merdu. Tetapi disebabkan keikhlasan yang beliau miliki menyebabkan azan yang dilaungkan mampu didengari oleh penghuni langit (malaikat). Selepas kewafatan Rasulullah semua sahabat baginda termasuk Bilal betul-betul sedih dan berasa kehilangan besar. Bilal tak sanggup menanggung rindu terhadap baginda sehingga semua tempat yang beliau pergi mengingatkannya kepada kekasih Allah itu. Lalu Bilal berhijrah ke Syam. Pada suatu hari di Syam, Bilal telah bermimpi bertemu Rasulullah. Baginda menyuruh Bilal kembali ke Madinah untuk menziarahi pusara baginda dan menemui sahabat-sahabat lain. Malam itu juga Bilal berangkat ke Madinah. Selama berhari-hari perjalanan Bilal sampai di Madinah sebelum Subuh. Kebetulan pada pagi itu tiada muazin yang mengazankan subuh lalu Bilal buat kesekian kalinya melaungkan azan pagi itu.

(ada satu sumber yang menyatakan ketika Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk melaungkan azan, Bilal tidak pernah lupa untuk mengetuk pintu sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga dimana itu ialah bilik Rasulullah. Sebab itulah selepas kewafatan baginda Rasulullah, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana untuk naik ke menara bagi melaungkan azan Bilal perlu melalui bilik kecil itu)


Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)
Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah. (2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.



Semasa Bilal mengalunkan suku azan, beliau sebak ketika ingin menyebut nama Muhammad. Beliau teringat akan saat-saat bersama baginda Rasulullah. Penduduk Madinah yang ketika itu mendengar laungan azan merasakn seolah-olah baginda  Rasulullah masih bersama mereka. Solat subuh berjemaah pada pagi itu terasa kembali syahdu sama seperti saat-saat baginda Rasulullah masih lagi bersama mereka.

Cerita ketiga: Yahudi buta
Seorang wanita tua yahudi sangat benci pada Rasulullah. Dia ialah orang buta. Dia selalu mencerca dan menghina Rasulullah. Malah wanita itu turut mengatakan baginda gila. Tetapi baginda Rasulullah tidak pernah membalas balik dengan perbuatan jahat kepada wanita itu. Sangat mulia hati kekasih Allah itu. Setelah baginda wafat, baginda sempat meninggalkan pesan kepada sahabat baginda, Saidina Abu Bakar untuk memberi makan kepada seorang wanita tua yang tinggal di hujung kampung. Ternyata wanita tua itu ialah wanita yang sama pernah mencaci maki Rasulullah dahulu. Wanita itu tidak mengetahui perihal kewafatan baginda Rasulullah. Setelah Abu Bakar  memberikannya sebuku roti, wanita itu marah lalu membuang roti itu. Abu Bakar pun bertanya "mengapa dibuang roti itu?" Wanita itu pun menjawab "kau bukan orang yang sama yang selalu memberi aku makanan, orang yang selalu memberi aku roti ini biasanya akan terlebih dahulu mengoyak halus-halus roti ini supaya senang untuk aku menelannya, kau bukan orangnya" "Jadi kau tahu siapa yang selalu memberi makanan kepadamu?" tanya Abu Bakar. "Tidak, aku tidak tahu" jawab wanita itu. "Orang itu ialah orang yang selalu kau maki, dia ialah baginda Rasulullah S.A.W" balas Abu Bakar. Wanita yahudi tua yang buta itu terkejut lantas terus memeluk Islam.


Inilah sebahagian daripada cerita-cerita sebagai bukti kasih sayang Rasulullah S.A.W kepada sahabat sezaman dengannya yang tidak berbelah bahagi, begitu juga sayangnya sahabat kepada baginda Rasulullah yang tiada penghujungnya. Model agung kecintaan yang paling unggul dan patut dicontohi oleh manusia sepanjang zaman.

p/s: Sentiasalah perbaharui iman kita dengan berzikrullah. Sesungguhnya di akhirat nanti Rasulullah S.A.W akan melimpahkan syafaatnya kepada orang yang baginda kehendaki. Insyaallah, moga-moga kita akan dijadikan pilihannya. Amin2 ^^

Wasalam




No comments:

Post a Comment