Bannerad

Sunday, 28 September 2014

Ikhtilat Yang Dilupakan

Assalamualaikum n good day..

Alamak da brsawang tebal blog saya! Da lama tak update,pemalas ya Rabbi..InsyaAllah entri kali ni nak kongsi pasal ikhtilat yg dilupakan he2.

Sape2 yg tak tahu ikhtilat ialah percampuran/pergaulan antara lelaki dan wanita. Selalunya benda yg remeh mcm ni sering kita lupa atas tujuan utk berurusan antara 1 sama lain. Tapi ingat,matlamat tak menghalalkn cara. Berurusan antara lelaki dan perempuan ajnabi yakni yg bkn mahram ada batasnya. Itu pun brgantung jgk kepada berapa tahap kerumitan sesuatu urusan tersebut utk diselesaikn,jika ianya hanya boleh diselesaikan melalui perbincangan face to face maka kerana terpaksa kurelakan jua. Tapi kalau ianya boleh diselesaikan dengan cara mudah seperti melalui sms atau fb messanger maka lakukan perkara yg termudah antara itu jadi tak perlu susah2 nk bersua muka dgn ajnabi trsebut. Sekiranya boleh elakkan berurusan melalui panggilan telefon.

Semasa bersua pandang utk berurusan dgn yang berlainan jantina jgk dinasihatkn supaya tidak bertemu mata dengannya takut2 nanti timbul perasaan lain pula a.k.a jiwa kacau. Kalau tidak takkan ada pepatah mengatakan dari mata turun ke hati,so lower your gaze bro,sis..

Selalu org pandang remeh pasal ikhtilat ni sebabnya mungkin mereka belum rasa penangan ikhtilat ni sebenarnya,tapi utk orng yang betul2 menundukkan hati daripada godaan syaitan dia akan merasa ikhtilat yang dilupakan ini betul2 memberi implikasi negatif, acu try skali..bagi anda2 yang sudah biasa berada dalam lingkungan org2 yang berikhtilat cuba anda try utk menjaga ikhtilat. Kalau dh lama2  anda jaga dan tiba2 satu ketika anda terasa leka dan melupakan batas ikhtilat anda akn merasa sesuatu yg pelik dan janggal telah berlaku. Itu maknanya hati anda telah diusik dengan nafsu lawamah,yakni nafsu yang mencela diri anda kerana melakukan perbuatan yang dilarang agama! Menjaga ikhtilat sesuatu yang susah bagi orang yang banyak alasan cekadaknya tapi ia boleh menjadi mudah kalau kita punya pendirian teguh utk melaksanakannya. InsyaAllah moga entri ini bermanfaat utk semua trmasuk diriku pendosa.

"dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."

(Al Ahzab 33:53)

No comments:

Post a Comment