Assalamualaikum..
Adakah kita merindui Nabi Muhammad S.A.W setiap hari? Atau kita
hanya merasa rindu ketika sambutan Maulud Nabi? Fikir-fikirkan. Mari
kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui
kita, umat akhir zaman.
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir
diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih
lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang
sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini
saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan
teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi
bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang
belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai
Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka
kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan
‘ikhwan’ baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya
Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku
yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua
isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi
tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
p/s:Jom buktikan tanda cinta kita terhadap baginda Rasulullah, rajin2 lah basahkan lidah berselawat keatasnya ^^
Wasalam.
No comments:
Post a Comment